Alhamdulillah.. On 12th November 2017, I've given the chance to be one of the p.i.c in "Pertandingan Motivator Idol Oku Intervarsiti 2017" which had been held from 8.30 a.m till 5.30 p.m. In this event I meet lots of friend from other universities. These friends of mine are special. They're really special in fact they teach me a lot of thing about life.
Sebagai insan yang dilahirkan cukup sifatnya, kita selalu lupa untuk bersyukur dan mudah berputus asa. Cepat saja kita mahu mengalah apabila kita diuji atau hati kita ini dibolak balikkan. Kita mudah goyah.
Kekurangan? Semua orang mempunyai kekurangan. Tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini. Tapi seharusnya kita bersyukur. Kita diberi nikmat oleh Allah untuk melihat, mendengar, berlari dan bercakap. Dengan nikmat yang diberikan inilah sepatutnya kita gunakan untuk mengapai kejayaan yang diimpikan. Jangan mudah menyerah! Akan tetapi, bangkitlah kembali apabila kita berasa lemah. Berdoalah pada Allah agar kita diberikan kekuatan untuk mengaharungi segala apa jua bentuk rintangan dalam kehidupan.
Lihatlah sahabat-sahabat saya ini. Terukir senyuman yang lebar di wajah masing-masing. Meskipun mereka ini insan yang istimewa akan tetapi itu tidak dijadikan alasan atau halangan buat mereka untuk terus mencapai kejayaan dan mengorak langkah untuk mencipta sejarah di masa hadapan.
Suka untuk saya berkongsi kata-kata daripada Mahasiswa OKU UKM, Ong Boon Siong "Kita ada otak untuk menyelesaikan masalah. Gunakannya."
Masalah itu timbul bukanlah untuk menyusahkan kehidupan kita. Akan teatpi, ianya adalah untuk mematangkan kita dalam menjalani kehidupan. Janganlah menjadikan kekurangan atau masalah itu sebagai alasan untuk mencapai kejayaan.
Berusaha dan terus berusaha. Don't you ever give up till you reach the finishing line.
NAJWA ZUHAIRI